Huzaifah
bin Yaman r.a. terkenal kerana dikurniakan ilmu mengenali sifat orang-orang
munafik sama ada yang zahir atau tersembunyi, salah seorang penyimpan rahsia
Nabi s.a.w., pernah menjadi perisik semasa Perang Khandaq sehingga tentera
Islam meraih kemenangan kerana memahami strategi, menyusun pertahanan dan serangan kepada pihak musuh, beliaulah juga yang memperkenalkan ilmu tasauf dan teori-teorinya, dan memimpin tentera Islam sehingga keseluruhan Iraq di bawah jajahan taklukan beliau.
Nama
lengkapnya ialah Huzaifah bin Hassan bin Jarwin, tanpa diketahui tempat dan
tahun kelahirannya. Dia berasal dari salsilah yang bersumberkan kepada orang
Yaman. Untuk menghormati asal-usul keturunannya itu, dia dikenali dengan
Huzaifah bin Yaman. Meninggal pada tahun 36H di kota Madain.
Menurut
pendapat lain, bapa Huzaifah berasal dari Mekah, manakala ibunya berasal dari
Madinah. Awal hijrah, para sahabat dari Mekah mendapat gelaran muhajirin, dan
para sahabat yang menetap di Madinah digelar Ansar. Huzaifah pula mendapat
gelaran kedua-duanya sekali.
Bapanya
bernama Husal bin Jabil al-Yamani. Sebilangan ulama tarikh menyebut dengan
Husail. Seorang yang di zaman Jahiliah telah meninggalkan Mekah ekoran
pergaduhan, lalu berpindah ke Yasrib dan bertemu dengan al-Rabbab binti
Ka’ab al-Asyhaliyyah. Pertemuan mereka berakhir dengan perkahwinan. Hasil perkahwinan itu, mereka mendapat seorang anak yang hebat bernama Huzaifah.
Bapanya
telah syahid dalam perang Uhud. Terbunuh akibat kesilapan mengenali sahabat
yang menyangka bahawa Husail itu adalah seorang musyrik, walhal beliau seorang
muslim yang tegar imannya. Ketika sebilangan sahabat yang tidak kenal Husail
mahu membunuh beliau, Huzaifah perasan dan menjerit sambil mengatakan:
“Dia
adalah bapaku ... dia adalah bapaku … dia adalah bapaku.”
Kematian
Husail ditangisi oleh Huzaifah. Perkara itu diketahui oleh Nabi s.a.w. dan ditenangkan oleh Baginda s.a.w.. Setelah berbincang, akhirnya para sahabat bersedia untuk
mengumpul wang untuk dibayarkan diat kepada Huzaifah ekoran kesilapan
terbunuh bapanya, Husail. Setelah mencukupi jumlah wang dikutip, lalu
diberikan kepada Huzaifah. Beliau menerimanya, kemudian menyerahkan wang tersebut kembali
kepada Nabi s.a.w. untuk perjuangan fisabilillah.
Tindakan beliau itu semakin menambah lagi perasaan sayang Rasulullah s.a.w. kepada
Huzaifah.
Dalam
peperangan Khandak atau dikenali juga sebagai peperangan Ahzab. Tentera Islam telah melakukan strategi penggalian parit di sekeliling Madinah sebagai benteng yang akhirnya menjadikan pihak musuh mati kutu
untuk bertindak kerana mereka tidak pernah terfikir persiapan perang kaum muslimin. Serangan mereka terbantut. Mereka terpaksa berkhemah di luar Madinah untuk mencari jalan melakukan serangan. Tentera kafir buntu.
Rasulullah s.a.w. bertindak segera dengan menghantar penyiasat untuk melakuan risikan dan tinjauan menghadapi musuh dan melihat dari dekat kekuatan musuh. Maka, setelah menunaikan salat, Nabi s.a.w. bertanya:
Rasulullah s.a.w. bertindak segera dengan menghantar penyiasat untuk melakuan risikan dan tinjauan menghadapi musuh dan melihat dari dekat kekuatan musuh. Maka, setelah menunaikan salat, Nabi s.a.w. bertanya:
“Siapakah
di kalangan kalian yang boleh pergi siasat keadaan musuh, lalu kembali. Aku
akan memohon dengan Allah agar dia akan menjadi teman karibku dalam syurga
nanti?”
Para sahabat tidak menjawab.
Nabi s.a.w. memilih dan mengarahkan kepada Huzaifah. Tanpa berlengah-lengah dan memberikan alasan, Huzaifah terus bangun dan pergi ke tempat musuh seperti yang diarahkan. Memang tepat beliaulah individu yang berperanan mengucar-kacirkan musuh dan memenangkan pasukan Islam.
Nabi s.a.w. memilih dan mengarahkan kepada Huzaifah. Tanpa berlengah-lengah dan memberikan alasan, Huzaifah terus bangun dan pergi ke tempat musuh seperti yang diarahkan. Memang tepat beliaulah individu yang berperanan mengucar-kacirkan musuh dan memenangkan pasukan Islam.
Huzaifah
semasa memimpin pertempuran dalam membebaskan beberapa buah kota antaranya:
Hamdan, Rai dan Dainawar. Beliau salah seorang panglima yang membebaskan
seluruh Iraq. Dalam beberapa pertempuran besar di Nahawand melawan tentera
musuh ratusan ribu perajurit ditumpaskan oleh tentera beliau. Huzaifah merupakah panglima besar kedua setelah Nu'man
bin Muqarfin yang gugur di medan perang dan Huzaifah mengepalai bendera Islam yang berakhir dengan kemenangan yang gemilang.
Maka dicatatkan bahawa beliaulah panglima yang mengetuai kejayaan menakluk Iraq.
Maka dicatatkan bahawa beliaulah panglima yang mengetuai kejayaan menakluk Iraq.
Beliau
juga adalah individu yang memperkenalkan ilmu tasauf dan pembinaan teori-teori
ketuhanan.
Ada
sahabat bertanya kepadanya:
“Kami
lihat tuan mengeluarkan kata-kata yang tidak pernah kami dengar dari salah
seorang sahabat Nabi yang lain selain daripada tuan sendiri, dari manakah tuan
memperolehi?”
Jawab
Huzaifah:
“Rasulullah
s.a.w. telah menentukan kepada saya. Orang
ramai bertanyakan baginda tentang
perkara yang baik-baik tetapi saya bertanyakan kepada Rasulullah dari
perkara-perkara yang jahat-jahat, apa yang jahat itu dengan maksud agar
mengetahuinya serta dapat menjauhkan diri daripadanya sedang mengenai yang baik
saya tidak takut ketinggalan. Tetapi bagi sesiapa yang tidak mengenal kejahatan
ia tidak akan mengenal kebaikan.”
Dalam
riwayat lain, beliau berkata:
“Banyak
orang yang bertanya kepada Rasulullah. Ya Rasulullah apakah pahala menjanjikan
itu dan ini? Mereka bertanya Rasulullah dari perkara-perkara fadilat-fadilat amal,
tetapi saya selalu bertanya kepada baginda apa yang merosakkan amal itu dan ini
serta pelbagai amalan perbuatan yang akan merosakkan amalan-amalan.”
Sabda
Rasulullah s.a.w.: Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a., katanya:
“Manusia
sering bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai amalan-amalan yang baik,
tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan
menimpa diriku, lalu aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam
kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan
(kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan?”
Rasulullah
menjawab dengan sabdanya:
“Ya.”
Aku
bertanya lagi:
“Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu?”
Rasulullah
manjawab dengan sabdanya:
“Ya,
tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan.”
Aku
bertanya lagi:
“Apakah
yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu?”
Rasulullah
menjawab dengan sabdanya:
“Iaitu
satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti selain dari jalanku,
di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya.“
Aku
bertanya lagi:
“Adakah
kejahatan akan berlaku lagi selepas itu?”
Rasulullah
menjawab dengan sabdanya:
“Ya,
ketika ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke neraka jahanam,
sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam
neraka itu.”
Aku
berkata lagi:
“Wahai
Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami.”
Rasulullah
manjawab dengan sabdanya:
“Baiklah,
mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita.”
Aku
bertanya lagi:
“Wahai
Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu?”
Rasulullah
menjawab dengan bersabda:
“Kamu
hendaklah bersama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka.”
Aku
bertanya lagi:
“Bagaimanakah
sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jemaah (kesatuan) juga tidak
ada pemimpin? “
Rasulullah
menjawab lagi dengan bersabda:
“Kamu
hendaklah memencilkan diri dari mereka walaupun kamu
terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati
dalam keadaan yang demikian.”
Kata
seorang ulama tasauf, Abu Thalib Al-Makky:
“Huzaifah
bin Yaman telah tentukan mempunyai ilmu mengenai orang munafik. Beliau sendiri yang khusus mempunyai
pengetahuaan tentang sifat-sifat manusia, rahsia-rahsia ilmu dan jalan-jalan
yang halus dan mempunyai ilmu tentang keyakinan-keyakinan yang tersembunyi di
antara sahabat-sahabat Nabi s.a.w. Sebagai misalnya, Saidina Umar al-Khattab
r.a. enggan menyembahyangkan seseorang yang meninggal kalau dilihatnya Huzaifah
bin Yaman tidak turut menyembahyangnya. Kerana Huzaifah mempunyai pengetahuan
tentang ilmu batin. Beliau tahu siapa yang bersifat munafik dan siapa yang
tidak.”
Pautan yang berkaitan: http://ms.wikipedia.org/Huzaifah_Al-Yamani
No comments:
Post a Comment