NASIHAT LUKMAN AL-HAKIM: “WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT.”

Wednesday, 11 September 2013

Nabi diracun dengan hadiah daging kambing oleh individu yang dipercayai


Di antara mukjizat Baginda s.a.w. ialah peristiwa yang berlaku setelah ditandatangani perjanjian damai yang dicapai antara kaum muslimin dengan orang-orang Yahudi Khaibar. Rasulullah s.a.w. telah dihadiahkan dengan seekor kambing yang dimasak sendiri oleh Zainab binti Al-Hariths, seorang wanita Yahudi, isteri kepada Salam bin Masykam, salah seorang pembesar Yahudi, yang mengakui kenabian Nabi s.a.w. sebagai utusan Allah.

Ketika Baginda s.a.w. dan sahabat sedang menikmati hidangan tersebut, Rasulullah s.a.w. mencapai paha kambing itu lalu digigitnya secebis dan memakannya, tetapi Rasulullah s.a.w. tidak sempat menelannya, malahan diluahkannya semua sambil berkata:

“Tulang ini memberitahu aku bahawa dia mengandungi racun.”

Beberapa orang sahabat makan bersama Baginda s.a.w. termasuk seorang sahabat Bisyir Ibnu Barra’ bin Ma'rur telah makan daging kambing dan menelannya. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w. berkata kepada para sahabat:

"Jangan kamu makan!" 

Lalu Rasulullah s.a.w. mengutus seseorang untuk memanggil  Zainab bin al-Hariths.

Rasulullâh s.a.w. bertanya kepadanya:

"Adakah kamu telah meracuni kambing ini?"

Wanita itu menjawab:

 "Siapa yang telah memberitahumu?"

Rasulullah s.a.w. menjawab:

"Paha kambing ini yang telah memberitahuku."

Wanita itu berkata:

"Ya aku telah membubuh racun kepadanya.”

Rasulullah s.a.w. bertanya lagi:

"Apa yang kamu kehendaki dari perbuatanmu ini?"

Wanita itu berkata dalam hati:

"Jika dia seorang nabi, makanan itu pasti tidak akan membahayakannya. Dan jika dia bukan seorang nabi, maka kami akan selamat dari gangguannya."

Rasulullah s.a.w. memaafkan wanita itu dan tidak menghukumnya.


Dari Abu Hurairah r.a. katanya:

“Setelah Khaibar diduduki, ada orang yang menghadiahkan daging kambing yang beracun kepada Nabi s.a.w.. Nabi s.a.w. bersabda: 

“Kumpulkan semua orang Yahudi yang ada di sini, berdiri di hadapanku.”

Orang-orang  Yahudi dikumpulkan...

Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: 

“Saya hendak bertanya kepadamu tentang satu hal! Adakah kamu mahu memberikan keterangan yang sebenarnya kepada saya!”

Mereka menjawab: 

“Ya.”

Nabi s.a.w.  bertanya kepada mereka: 

“Siapa ayahmu?”

Mereka menjawab: 

“Si Anu!”

Lalu beliau bersabda: 

“Kamu dusta, akan tetapi ayah kamu si Anu."

Mereka itu berkata: 

"Benar tuan!”

Beliau bertanya: 

“Adakah kamu mahu menjawab dengan benar kepada saya tentang sesuatu yang saya tanyakan?”

Mereka berkata: 

“Ya, hai Abu Qasim! Sekiranya kami berdusta, tuan ketahui dusta kami sebagaimana tuan ketahui tentang ayah kami.”

Beliau menanyakan kepada mereka: 

“Siapa ahli neraka?”

Mereka itu menjawab: 

“Kami berada di dalamnya dalam masa yang singkat, kemudian kamu gantikan kami di dalamnya.”

Nabi s.a.w. lalu bersabda: 

“Kamu akan tetap diseksa dalam neraka itu, demi Allah! Kami tidak akan pernah menggantikan kamu di dalam neraka itu.”

Kemudian beliau bersabda lagi: 

“Adakah kamu mahu menjawab dengan benar kepada saya tentang sesuatu yang saya tanyakan?”

Jawab mereka: 

“Ya, hai Abu Qasim!”

Beliau bertanya: 

“Adakah kamu isikan racun dalam daging kambing ini?”

Jawab mereka: 

"Ya.”

Tanya Baginda: 

“Apakah yang mendorong kamu berbuat demikian?”

Jawab mereka: 

"Maksud kami ialah, kalau sekiranya tuan seorang pendusta, kami akan senang. Dan kalau sekiranya tuan seorang Nabi, racun itu tidak akan membahayakan tuan.” ( H.R. Imam  Bukhari  )


Dari Anas r.a katanya:

“Seorang perempuan Yahudi menghantar daging yang telah dimasukkan racun kepada nabi s.a.w lalu baginda makan sebahagiannya. Kemudian perempuan itu dibawa orang ke hadapan Rasulullah s.a.w lalu baginda bertanya kepadanya berkenaan dengan racun tersebut. Jawabnya: “Aku sengaja hendak membunuh anda.” Sabda nabi s.a.w.: “Tidak mungkin Allah s.w.t. akan memberikan sewenang-wenangnya kepadamu untuk berbuat demikian. Kemudian Ali bertanya: “Bolehkan kami membunuh perempuan itu?” Jawab baginda: “Jangan!” Kata Anas selanjutnya: “Kami melihat kesan racun itu jelas kelihatan di leher Rasulullah s.a.w .” ( H.R. Imam Muslim )

Seorang  sahabat Bisyir Ibnu Barra’ bin Ma'rur yang memakan daging kambing itu meninggal dunia akibat kesan racun tersebut.

Selepas peristiwa itu Zainab binti Al-Hariths masuk Islam selepas menginsafi perbuatannya.

Dalam riwayat lain disebutkan bahwa setelah sahabat nabi meninggal  dunia kerana racun tersebut, maka wanita itu diperintahkan oleh  Rasulullâh s.a.w.  dibunuh.  ( H.R. Imam Muslim)


pautan yang berkaitan: http://johneox.wordpress.com/autopsi-kematian-pemimpin-agung/
                                     https://www.facebook.com/jawaban-atas-fitnah-diracun
                                     http://kebenaranislam.netgoo.org/menjawab-fitnah-nabi-diracun
                                     http://zezukaku.wordpress.com/nabi-meningal-bukan-karena-diracun


No comments:

Post a Comment

    Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu Dari Anas r.a katanya: “Seorang perempuan Yahudi menghantar daging yang telah dimasukkan racun kepada nabi lalu baginda makan sebahagiannya. Kemudian perempuan itu dibawa orang ke hadapan Rasulullah s.a.w lalu baginda bertanya kepadanya berkenaan dengan racun tersebut. Jawabnya: “Aku sengaja hendak membunuh anda.” Sabda nabi s.a.w.: “Tidak mungkin Allah s.w.t. akan memberikan sewenang-wenangnya kepadamu untuk berbuat demikian. Kemudian Ali bertanya: “Bolehkan kami membunuh perempuan itu?” Jawab baginda: “Jangan!” Kata Anas selanjutnya: “Kami melihat kesan racun itu jelas kelihatan di leher Rasulullah s.a.w .” ( H.R. Imam Muslim ) Seorang sahabat Bisyir Ibnu Barra’ yang memakan kambing itu meninggal dunia akibat kesan racun tersebut. Selepas peristiwa itu Zainab binti Al-Harits masuk Islam selepas keran menginsafi perbuatannya. Dalam riwayat lain disebutkan bahwa setelah Sahabat nabi meninggal dunia kerana racun tersebut, maka wanita itu diperintahkan oleh Rasulullâh s.a.w. dibunuh. ( hadis riwayat Imam Muslim)
    "NASIHAT LUKMAN AL-HAKIM: “WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT." Dr Mohammad Arifi selaku salah seorang anggota Persatuan Ulama Muslimin telah berkata : "Wahai orang-orang yang menyokong pembunuhan dan membakar saudara kita di Mesir , Aku bersumpah kepada Tuhan bahawasanya aku menasihatimu : Ingatlah anda berdiri di antara tangan Allah dalam keadaan takut dan bertelanjangan, dan kamu akan ditanya tentang apa yang telah berlaku (akan ditulis penyaksian mereka dan kamu semua akan ditanya)." Dari Anas r.a katanya: “Seorang perempuan Yahudi menghantar daging yang telah dimasukkan racun kepada nabi lalu baginda makan sebahagiannya. Kemudian perempuan itu dibawa orang ke hadapan Rasulullah s.a.w lalu baginda bertanya kepadanya berkenaan dengan racun tersebut. Jawabnya: “Aku sengaja hendak membunuh anda.” Sabda nabi s.a.w.: “Tidak mungkin Allah s.w.t. akan memberikan sewenang-wenangnya kepadamu untuk berbuat demikian. Kemudian Ali bertanya: “Bolehkan kami membunuh perempuan itu?” Jawab baginda: “Jangan!” Kata Anas selanjutnya: “Kami melihat kesan racun itu jelas kelihatan di leher Rasulullah s.a.w .” ( H.R. Imam Muslim ) Seorang sahabat Bisyir Ibnu Barra’ yang memakan kambing itu meninggal dunia akibat kesan racun tersebut. Selepas peristiwa itu Zainab binti Al-Harits masuk Islam selepas keran menginsafi perbuatannya. Dalam riwayat lain disebutkan bahwa setelah Sahabat nabi meninggal dunia kerana racun tersebut, maka wanita itu diperintahkan oleh Rasulullâh s.a.w. dibunuh. ( hadis riwayat Imam Muslim)
    Powered by Qutbah Umair
  • Profil
02 19 26 27 Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks