NASIHAT LUKMAN AL-HAKIM: “WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT.”

Thursday 12 September 2013

Berkat amalan Muwaffaq kesemua jamaah haji tahun ini diterima oleh Allah s.w.t.


Abdullah bin Mubarak adalah antara jamaah haji yang akan menunaikan kewajiban tersebut pada tahun ini. Pada hari-hari yang ditunggu itu beliau senentiasa iktikaf di Masjidil Haram. Pada suatu ketika beliau telah tertidur dalam keadaan ketawakalannya mutlak kepada Allah s.w.t.. Dalam tidurnya, beliau telah diperlihat dan dipertemukan oleh Allah s.w.t. dalam mimpinya dua orang malaikat  turun dari langit. 

Berlaku dialog di antara dua orang malaikat itu. Antara dialog yang diperdengarkan kepadanya, ialah:

“Berapa ramai orang yang mengerjakan haji pada tahun ini?”

“Enam ratus ribu ( 600,00 ) orang.”

“Antara enam ratus ribu ( 600,00 ) orang yang berhaji itu berapakah yang diterima haji mereka?”

“Di antara enam ratus ribu ( 600,000 ) itu hanya seorang sahaja hajinya diterima, namanya Muwaffaq. Dia tinggal di Damsyik. Dia adalah seorang tukang kasut. Dia tidak dapat berhaji tetapi hajinya diterima. Maka berkat haji Muwaffaq kesemua enam ratus ribu ( 600,000 ) orang yang mengerjakan haji diterima .”

Abdullah ibnu Mubarak yang sedang tidur terjaga dari tidurnya. Beliau berazam untuk menemui Muawaffaq untuk mengetahui amalan yang dilakukannya menjadikan keberkatannya melimpah sehingga menebus kesemua amalan-amalan jamaah haji seramai enam ratus ribu ( 600,00 ) orang pada tahun itu.

Maka dengan segera beliau menyiapkan diri dan berangkat ke Damsyik.

Apabila sahaja sampai di Damsyik, beliau tanpa berlengah mencari-cari tukang kasut yang disebutkan dalam mimpinya oleh  malaikat semasa di Masjidil Haram tempoh hari.

Beliau ingin tahu keistimewaan, kelebihan, darjat dan amalan yang dilakukan oleh Muwaffaq sehingga malaikat turun ke bumi memperdengarkan kepadanya tentang masalah amalan umat Islam pada zamanya.

“Ya Allah, kami mohon kepadaMu
Jadikanlah amalan kami antara amalan yang diberkati
Pimpinlah kami menuju kejayaan
Satukan hati kami dalam mendokong syariat Islam
Kekalkan ukhuwwah kami
Tingkatkan amalan kami
Golongkan kami bersama orang-orang yang bertakwa.
Angkatkan darjat kami.
Tanamkan kesabaran pada mujahid-mujahid yang berhadapan dengan musuh-musuh kami
Menangkan kami dan kalahkan musuhMu
Perkenankan doa kami
Doa dari Jamiyah
Amin ya rabbal alamin.”

Bersambung …





No comments:

Post a Comment

    Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu Dari Anas r.a katanya: “Seorang perempuan Yahudi menghantar daging yang telah dimasukkan racun kepada nabi lalu baginda makan sebahagiannya. Kemudian perempuan itu dibawa orang ke hadapan Rasulullah s.a.w lalu baginda bertanya kepadanya berkenaan dengan racun tersebut. Jawabnya: “Aku sengaja hendak membunuh anda.” Sabda nabi s.a.w.: “Tidak mungkin Allah s.w.t. akan memberikan sewenang-wenangnya kepadamu untuk berbuat demikian. Kemudian Ali bertanya: “Bolehkan kami membunuh perempuan itu?” Jawab baginda: “Jangan!” Kata Anas selanjutnya: “Kami melihat kesan racun itu jelas kelihatan di leher Rasulullah s.a.w .” ( H.R. Imam Muslim ) Seorang sahabat Bisyir Ibnu Barra’ yang memakan kambing itu meninggal dunia akibat kesan racun tersebut. Selepas peristiwa itu Zainab binti Al-Harits masuk Islam selepas keran menginsafi perbuatannya. Dalam riwayat lain disebutkan bahwa setelah Sahabat nabi meninggal dunia kerana racun tersebut, maka wanita itu diperintahkan oleh Rasulullâh s.a.w. dibunuh. ( hadis riwayat Imam Muslim)
    "NASIHAT LUKMAN AL-HAKIM: “WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT." Dr Mohammad Arifi selaku salah seorang anggota Persatuan Ulama Muslimin telah berkata : "Wahai orang-orang yang menyokong pembunuhan dan membakar saudara kita di Mesir , Aku bersumpah kepada Tuhan bahawasanya aku menasihatimu : Ingatlah anda berdiri di antara tangan Allah dalam keadaan takut dan bertelanjangan, dan kamu akan ditanya tentang apa yang telah berlaku (akan ditulis penyaksian mereka dan kamu semua akan ditanya)." Dari Anas r.a katanya: “Seorang perempuan Yahudi menghantar daging yang telah dimasukkan racun kepada nabi lalu baginda makan sebahagiannya. Kemudian perempuan itu dibawa orang ke hadapan Rasulullah s.a.w lalu baginda bertanya kepadanya berkenaan dengan racun tersebut. Jawabnya: “Aku sengaja hendak membunuh anda.” Sabda nabi s.a.w.: “Tidak mungkin Allah s.w.t. akan memberikan sewenang-wenangnya kepadamu untuk berbuat demikian. Kemudian Ali bertanya: “Bolehkan kami membunuh perempuan itu?” Jawab baginda: “Jangan!” Kata Anas selanjutnya: “Kami melihat kesan racun itu jelas kelihatan di leher Rasulullah s.a.w .” ( H.R. Imam Muslim ) Seorang sahabat Bisyir Ibnu Barra’ yang memakan kambing itu meninggal dunia akibat kesan racun tersebut. Selepas peristiwa itu Zainab binti Al-Harits masuk Islam selepas keran menginsafi perbuatannya. Dalam riwayat lain disebutkan bahwa setelah Sahabat nabi meninggal dunia kerana racun tersebut, maka wanita itu diperintahkan oleh Rasulullâh s.a.w. dibunuh. ( hadis riwayat Imam Muslim)
    Powered by Qutbah Umair
  • Profil
02 19 26 27 Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks