Berawas dalam sesuatu perkara
amat dituntut dalam kehidupan. Ia bukan sahaja untuk diri tetapi juga melibatkan
pihak lain yang memerlukan awasan, peringatan dan nasihat. Dalam apa juga
keadaan kita mesti meletakkan bahawa diri kita dalam pengawasan 24 jam tetapi
dalam tempoh sama kita wajar juga memikirkan tentang penyangak-penyangak yang menggunakan rangkaian
canggih untuk memantau pergerakan individu yang mereka sasarkan.
Kita memang berawas dalam
kehidupan, namun ‘malang tidak berbau’ dan ‘tetamu tidak diundang’ - pelesit
berkeliaran di sana sini. Jika berlaku juga kepada kita memang suratan takdir telah dicatatkan tetapi sekurang-kurangnya melalui sikap beringat
memberi kita amaran awal betapa pentingnya berwaspada dalam kehidupan apatah
lagi pelbagai gelagat dengan tekanan sosial yang meningkat di kota-kota besar
seperti di Kuala Lumpur. Sebagai contoh pertambahan gelandangan yang tiada
nokhtahnya.
Beberapa punca yang menyebabkan
kita berawas, meneliti dan beringat, kerana:
1)
Puncanya kerana kesilapan-kesilapan kecil.
2)
Kesalahan-kesalahan yang tidak menjejaskan kemaslahatan
ammah.
3)
Perlanggaran-perlanggaran yang disengajakan untuk
mencabar penguatkuasaan.
4)
Penyangak-penyangak yang hidup hasil daripada komplot
jahat.
5)
Ketirisan kewangan kerana pengurusan yang kurang cekap.
Berselindung di atas suatu nama
maka kita perlu berawas supaya jangan sampai
ia menjadi bualan masyarakat tentang aktiviti yang kita lakukan. Perkara-perkara
tersebut berlaku disebabkan oleh:
i) Dalam fikiran kita mengingatkan bahawa setelah
berhati-hati dalam tingkah laku sudah memadai kerana berasa dalam keadaan selesa
walaupun pada masa yang sama masyarakat berada dalam dunia mereka dan gerakan
dakwah tidak menyengat.
ii) Dalam fahaman kita memahami bahawa perlakuan yang dilakukan
akan mendapat pahala dan ganjaran disebabkan hasil kerja yang telah dilakukan
tetapi pada masa yang sama jiran-jiran dan para fukaha mengharapkan simpati
yang kita tidak mengendahkan.
iii) Dalam
tafsiran kita meramalkan bahawa aktiviti, kerja amal dan sumbangan yang dilakukan
dengan mendapat tolakan cukai; berbangga kerana penghargaan disanjung masyarkat
tanpa banyak persoalan.
iv) Dalam
khayalan kita membayangkan segala-galanya. Kita merajalelainya dan memenangi
apa juga yang kita terokai dalam impian tersebut kerana berada dalam dalam suasana
‘fatamorgana’.
v) Dalam mimpi kita terikat dengan plot cerita yang
dipahatkan dalam igauan, dalam mimpi-mimpi beraneka cerita: suka duka kerana
sifatnya halimunan, tidak berpijak di
alam nyata kerana keserabutan dalam imaginasi sebelum melelapkan mata.
Apabila kita tersilap, terlalai
dan terlepas pandang kerana tergesa-gesa maka suatu trajedi boleh berlaku pada
bila-bila masa tanpa disangka-sangka.
Semua yang berlaku itu memberi
kita pengajaran bahawa kehidupan ini wajar diaplikasikan dengan kerja-kerja dakwah, dalam suasana
harmonis, boleh dicapai dan berkeyakinan untuk memperolehinya.
Maka, kita hendaklah berawas
bahawa kehidupan yang diwarnai dengan ajaran tauhid lebih bersifat
‘hablumminannas wa hablumminallah’ berbanding dengan kehidupan yang dipahatkan
dalam akal tentang wang, kuasa dan wanita.
No comments:
Post a Comment