Air yang berbeza ketumpatannya tidak akan bercampur. Sama ada air tawar dengan air masin, atau air dengan minyak, atau air sejuk dengan air panas, atau air salji/ais batu dengan air suam/biasa. sebagai contoh, apabila kita perhatikan air di kuala sungai akan kelihatan keruh di tepian pantainya manakala di bahagian dalam jauh ke laut akan kelihatan jernih. Perkara tersebut berlaku kerana perbezaan ketumpatan dan ampaian-ampaian yang dibawa oleh air tersebut.
"Dan Dia lah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya." (Q.S.al-Furqan: 53)
"Dan tidaklah sama keadaan dua laut (sekalipun satu jenisnya), yang satu tawar lagi memuaskan dahaga serta sesuai diminum, sementara yang satu lagi masin lagi pahit. Dan (kedua-duanya itu berfaedah kepada kamu): dari tiap-tiap satunya kamu dapat makan daging yang lembut - hidup-hidup, dan dapat pula kamu mengeluarkan benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya; (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal membelah air belayar padanya; (diadakan semuanya itu) supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurnia Allah, dan supaya kamu bersyukur." (Q.S. Faatir: 12)
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan." (Q.S. ar-Rahman: 18-22)
No comments:
Post a Comment