Negara atau Gerakan Islam mesti menyusun
strategi bagi menghadapi kebarangkalian anasir-anasir jahat merancang, merencana, mensabotaj,
melakukan provokasi, menceroboh atau bertindak liar kepada manusia sejagat.
Melalui negara atau gerakan Islam tersebut dapat digemblengkan
pemikir-pemikir berwibawa, tenaga-tenaga
muda dan serikandi yang perihati kepada kehendak massa.
Berdasarkan kepada pendekatan bersiapsiaga maka beberapa
perkara wajar diambil perhatian:
Penyatuaan adalah hidayah al-Quran:
i. Penyatuaan
asasnya petunjuk Nabi.
ii. Penyatuan
asasnya tindakan Rasul.
iii. Penyatuan
menjadi tonggak berjayanya kerja-kerja besar Islam.
iv. Merungkaikan
permasalah dan cabaran terhadap Islam.
v. Gerakan yang
tersusun mendapat hidayah Allah.
Menjadi asas konsep Islam:
Melalui penyatuan masyarakat dan
pimpinan umat akan memudahkan perundangan Islam dipraktiskan untuk kebajikan
masyarakat. Masyarakat yang inginkan kedamaian akan mendokong prinsip keadilan
dan menolak kepalsuan.
Menyusun barisan mempertahan syariat:
Semboyan Islam
mestilah berpaksikan al-Quran dan Sunnah tanpa kompromi. Tunas-tunas Islam
mesti dididik dan dipahatkan ke dalam urat nadi mereka bahawa Islam itu penyelamat ummah.
Memudahkan perancangan kolektif dan mengelak bertindak
bersendirian:
Penyusunan dan pengarahan yang sifatnya kontemporari supaya
musuh-musuh yang mencari ruang, peluang menunggu dengan lahap dan menyergap
akan berfikir banyak kali sebelum membuat sesuatu yang membunuh mereka.
Membina kekuatan menghadapi gerombolan pengganas:
Penyatuan
kekuatan pelbagai ragam menjadikan ia suatu yang manis dan boleh dikerahkan
apabila suasana memerlukan untuk bertindak pantas.
Menyatukan perbezaan pandangan dan kepelbagai kecerdikan:
Kepelbagai wilayah, kaum dan logat menjadi padu dan bersekutu dalam satu wadah yang asasnya jelas dan matlamatnya tepat.
Mengemblengkan kekuatan untuk memadukan tenaga:
Sektor-sektor yang kuat akan berpadu dengan bahagian yang lemah dan menjadikan ikatan-ikatan longgar dipadatkan untuk membentuk simpulan yang ketat dan sukar dileraikan sama ada oleh orang dalam atau oleh pihak luar.
Menumpukan perancangan dan peraturan untuk kebaikan ummah:
Keyakinan, ketegasan dan mengharapkan keredhaan Allah menjadikan Allah s.w.t. meredhai pimpinan dan umat setempat dan sebaliknya persekongkolan munafik dengan kaum atheis menjadikan kesukaran dalam pemerintahan dalam tempoh-tempoh tertentu.




Dr Mohammad Arifi selaku salah seorang anggota Persatuan Ulama Muslimin telah berkata :
"Wahai orang-orang yang menyokong pembunuhan dan membakar saudara kita di Mesir , Aku bersumpah kepada Tuhan bahawasanya aku menasihatimu : Ingatlah anda berdiri di antara tangan Allah dalam keadaan takut dan bertelanjangan, dan kamu akan ditanya tentang apa yang telah berlaku (akan ditulis penyaksian mereka dan kamu semua akan ditanya)."
No comments:
Post a Comment