NASIHAT LUKMAN AL-HAKIM: “WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT.”

Sunday, 26 January 2014

Perginya Tuan Guru Dato' Harun Taib



Perginya Tuan Guru Harun Taib - Laporan bergambar
Posted on Sunday, January 26 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


Luahan Ambe menangis dalam hati disaat ambe mendapat berita perginya Tuan Guru Harun Taib. Beliau adalah Ketua Dewan Ulama Pas Pusat sehingga ke akhir hayatnya. Beliau juga adalah antara pemimpin 'heavyweight' hebat dari Pas Terengganu sejak era 80an dipersada Pas Pusat, diperingkat Nasional dan diperingkat antarabangsa. (4 orang lagi- Tuan Guru Hadi Awang, Datuk Ust Abu Bakar Chik, Datuk Mustafa Ali & Datuk Wan Mutalib Embong).

Ambe ke Kubu kuat arwah diKubang Lembek, Manir untuk memberikan penghormatan terakhir buatnya. Disitu arwah memberikan kuliah jumaatnya tanpa jemu. Berapa ramai anak muridnya yang tidak berdaftar yang datang mendengar kuliahnya yang bertebaran diManir dan seluruh pelusuk negeri Terengganu.

Ambe tergenang air mata apabila Tuan Guru Haji Hadi Awang berucap sebaik selesai sembahyang jenazah dengan nada dalam esak tangis dengan berkata kepada hadirin:

"Maafkanlah salah silap saudara saya Tuan Guru Harun Taib".

Suasana ketika itu hening, ambe lihat ramai hadirin yang berada dalam Masjid Tuan Guru Harun Taib ketika itu mengesat air mata apabila mendengar ucapan Tuan Guru Presiden.

Ketika dikubur arwah, Tuan Guru Hadi Awang berdoa panjang dan membaca beberapa surah al-quran. Dan sekali lagi doa Tuan Guru tersekat-sekat dalam esak tangis perlahan. Esak tangis seorang pejuang. Mereka yang hadir menyaksikannya turut sebak dan ramai yang mengalirkan air mata.

Hubungan Tuan Guru Presiden dengan Tuan Guru Harun Taib bukan setakat hubungan antara pemimpin tetapi turut melibatkan hubungan sahabat akrab yang susah senang bersama. Bersama-sama berada dalam jemaah Pas yang suatu ketika dahulu amat perit untuk berada didalammnya kerana Pas amat asing bagi orang Melayu sekitar tahun 80an dahulu.

Semoga roh beliau dilimpahkan dengan kebaikan dan ditempatkan di kalangan para syuhada' dan solihin. 

Al-Fatihah.


Sumber: http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=11893
               http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=11874&mode=










No comments:

Post a Comment

    Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu Dari Anas r.a katanya: “Seorang perempuan Yahudi menghantar daging yang telah dimasukkan racun kepada nabi lalu baginda makan sebahagiannya. Kemudian perempuan itu dibawa orang ke hadapan Rasulullah s.a.w lalu baginda bertanya kepadanya berkenaan dengan racun tersebut. Jawabnya: “Aku sengaja hendak membunuh anda.” Sabda nabi s.a.w.: “Tidak mungkin Allah s.w.t. akan memberikan sewenang-wenangnya kepadamu untuk berbuat demikian. Kemudian Ali bertanya: “Bolehkan kami membunuh perempuan itu?” Jawab baginda: “Jangan!” Kata Anas selanjutnya: “Kami melihat kesan racun itu jelas kelihatan di leher Rasulullah s.a.w .” ( H.R. Imam Muslim ) Seorang sahabat Bisyir Ibnu Barra’ yang memakan kambing itu meninggal dunia akibat kesan racun tersebut. Selepas peristiwa itu Zainab binti Al-Harits masuk Islam selepas keran menginsafi perbuatannya. Dalam riwayat lain disebutkan bahwa setelah Sahabat nabi meninggal dunia kerana racun tersebut, maka wanita itu diperintahkan oleh Rasulullâh s.a.w. dibunuh. ( hadis riwayat Imam Muslim)
    "NASIHAT LUKMAN AL-HAKIM: “WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT." Dr Mohammad Arifi selaku salah seorang anggota Persatuan Ulama Muslimin telah berkata : "Wahai orang-orang yang menyokong pembunuhan dan membakar saudara kita di Mesir , Aku bersumpah kepada Tuhan bahawasanya aku menasihatimu : Ingatlah anda berdiri di antara tangan Allah dalam keadaan takut dan bertelanjangan, dan kamu akan ditanya tentang apa yang telah berlaku (akan ditulis penyaksian mereka dan kamu semua akan ditanya)." Dari Anas r.a katanya: “Seorang perempuan Yahudi menghantar daging yang telah dimasukkan racun kepada nabi lalu baginda makan sebahagiannya. Kemudian perempuan itu dibawa orang ke hadapan Rasulullah s.a.w lalu baginda bertanya kepadanya berkenaan dengan racun tersebut. Jawabnya: “Aku sengaja hendak membunuh anda.” Sabda nabi s.a.w.: “Tidak mungkin Allah s.w.t. akan memberikan sewenang-wenangnya kepadamu untuk berbuat demikian. Kemudian Ali bertanya: “Bolehkan kami membunuh perempuan itu?” Jawab baginda: “Jangan!” Kata Anas selanjutnya: “Kami melihat kesan racun itu jelas kelihatan di leher Rasulullah s.a.w .” ( H.R. Imam Muslim ) Seorang sahabat Bisyir Ibnu Barra’ yang memakan kambing itu meninggal dunia akibat kesan racun tersebut. Selepas peristiwa itu Zainab binti Al-Harits masuk Islam selepas keran menginsafi perbuatannya. Dalam riwayat lain disebutkan bahwa setelah Sahabat nabi meninggal dunia kerana racun tersebut, maka wanita itu diperintahkan oleh Rasulullâh s.a.w. dibunuh. ( hadis riwayat Imam Muslim)
    Powered by Qutbah Umair
  • Profil
02 19 26 27 Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks