Blazer & Tie : Antara Jenaka & Kejahilan
Posted on Tuesday, February 16 @
10:54:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh
PenjualCendol
Pendapat "
Sejak Kebelakangan ini saya
hairan mengapa semakin banyak sekolah mewajibkan pelajar memakai tie & para
pengawas perlu mengenakan blazer. Saya bertanyakan seorang warga pendidik
beliau berkata ia untuk memupuk budaya koprat dan disiplin dikalangan pelajar
sekolah.
Jawapan ini saya boleh terima
sekiranya ia terbit dari guru Bahasa Ingeris kontrak dari USA.Sebenarnya di
China & Korea
para gelendangan dan penyapu sampah jalanan
akan mengenakan Blazer terpakai untuk bekerja kerana harga winter coat
agak mahal.
Saya teringat ketika saya bekerja
dengan sebuah syarikat multinasional
yang berpengkalan di Seatle Dimana CEO saya kerap ber tshirt & kemeja
lengan pendek.Beliau lebih gemar berkemeja lengan pendek untuk majlis rasmi
& t shirt untuk datang ke pejabat.Menurutnya cuaca Khatulistiwa adalah panas lembab.Beliau menambah keadan rimas
mengenakan long sleeve di Malaysia lebih teruk dari musim Panas Di Seatle coz
disana panas kering sedangkan disini kalau mengenakan Long sleeve badan cepat
berbau busuk.
Pada pandangan saya,Inilah serangan Ghazwah Fikri yang
terkena pada umat Islam.Sehingga fikir kita lebih teruk dari orang
barat.Kekadang kita rasa semua yang datang dari barat semua hebat.Sedangkan
orang barat sendiri tidak buat bila datang ke sini.Dipenghujung tahun 80an
seolah Ghazwah fikri Barat ini seolah malap namun kini ia dihidupkan kembali.
Ramai kalangan Orang Islam
berangapan pakaian Sunnah seperti yang dipakai oleh Nabi SAW tak sesuai tak
kemas bahkan ada yang menganggap pakaian ini hanya sesuai untuk Naik mimbar
baca khutbah.Sedangkan pakaian inilah yang mencerminkan ketinggian akhlak&
ketamaddunan. Jika diteliti ketika Tamaddun Islam berada di puncak semua
saintis Islam mengenakan serban dan jubah sepertimana Rasululullah SAW.Anehnya
ketika ramai yang sanggup mencium bau busuk ketiak dengan memakai blazer di
cuaca panas amat kurang yang sanggup memakai pakaian sunnah meskipun ia
mempunyai phd dalam pengajian Islam.
Pendapat bahawa serban jubah
adalah pakaian tradisi arab adalah karut sama sekali kerana Pakaian ini
terbukti di pakai Imam Bukhori,Imam Muslim,Imam Qurtubi,Ibnu Sina Bahkan
sahabat Nabi SAW seperti Said Ar Rummi & Salman Al Farisi bukanlah orang
Arab .
Hujah berjela tidak berguna tapi
satu perkara yang hendak saya kongsikan adalah saya pernah mengiringi beberapa
kanak-kanak warga US di Kuala Lumpur mereka pelik bila terserempak pelajar
sekolah di Malaysia memakai tie dan blazer menunggu bas waktu tengahari yang
sangat panas. Salah seorangselamba membuat joke
" I predict his Headmaster mental disorder ".
Sesungguhnya apa yang berlaku di
Malaysia sekarang jadi bahan jenaka para pelancong warga beriklim
sejuk.Sekiranya kita tak mampu memakai pakaian sunnah tak perlulah kita menjadi bahan jenaka warga luar yang
kerap berkunjung ke sini.Pada fikir saya Baju Melayu adalah antara
kebijaksanaan datuk nenek kita meniru jubah ikut kesesuaian cuaca di
nusantara.Tapi malangnya anak cucunya ramai yang bengap mungkin terlalu lama dijajah
mental & fizikal.
Mudahan kita semua prihatin dan
menggunakan media PIBG untuk menegur pihak sekolah yang membuat sekular yang
kurang waras mungkin akibat tekanan kerja persekolahan yang meningkat dalam
suasana pelajar yang semakin nakal dan tekanan hidup yang semakin meningkat.
Jom Mendahului Dalam membina
Anjakan Paradigma Ummah.
"
................................
Dihantar untuk paparan TKO
(Tranungkite)
Oleh: bukitkeplu
Posted on Tuesday, February 16 @
10:54:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh
PenjualCendol
No comments:
Post a Comment