NASIHAT LUKMAN AL-HAKIM: “WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT.”

Sunday, 15 March 2015

SYAITAN-SYAITAN MERESAP DIJIWA INSAN



Saturday, 1 November 2014
  
SYAITAN-SYAITAN MERESAP DIJIWA INSAN

Syaitan adalah sejenis makhluk yang perbuatannya asyik berbuat kedajalan. Bukan sahaja dajal kepada dirinya sendiri tetapi melakukan kedajalan kepada orang lain. Fikiran dan tindakan mereka nakal untuk mencari benda-benda yang mereka hajati. Mereka tidak pernah puas walaupun ditimbun di kepala mereka harta berbukit-bukau. Untuk menambah harta-harta itu, maka dipancarkan aktiviti-aktiviti kerja-kerja kebajikan, kerana ada sesuatu yang disasarkan dan dialihkan perbuatan-perbuatannya, supaya tidak nampak kelibat-kelibatnya oleh umat-umat dungu yang dari hari ke sehari umat manusia semakin bertambah. Umat manusia pula tidak akan menyusut jumlahnya kerana jumlah kelahiran melebihi daripada jumlah kematian.

Perancang-perancang berlumba-lumba merancang tentang peningkatan pertumbuhan-pertumbuhan dari hasil perancangan yang mereka lakukan.

Perancang-perancang yang berinovasi melakukan sesuatu keutamaan dalam merangka strategi-strategi bagi mendapatkan pulangan membanggakan dan hasil tambah dari aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sepanjang kehidupan.

Ia bukan sahaja kepuasan dari segi perasaan dan barangan tetapi sikap organisasi dan kliennya; bukan sahaja mereka yang hendak ditonton dan ditonjolkan tetapi khalayak yang melihat lakunan-lakunannya segar-bugar dalam dunia realiti; bukan sahaja dilihat oleh kuli-kulinya tetapi diperhati oleh anak-anak dan waris-warisnya kerana penudingan kepada diri sendiri dari kerja-kerja amal yang berselindung itu; bukan sahaja dilihat oleh syaitan-syaitan tetapi turut dicatatkan oleh para malaikat aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan untuk diaudit nanti; bukan sahaja kerja-kerja yang telah dilaksanakan direkodkan oleh pencatat Raqib dan Atid tetapi kedajalan yang hendak dirancang dan difikirkan dirancang akan diangkat  sama ada diluluskan, dibatalkan atau ditangguhkan  kepada suatu tarikh yang belum ditetapkan kerana kerja-kerja amal itu belum selesai dan tidak akan selesai sehingga kiamat. Supaya ada bukti-bukti sejarahnya maka, dokumentasi-dokumentasi difailkan yang sukar dinafikan catatannya. Kerana pihak arkib akan menyimpannya sebagai aset-aset bernilai tinggi.

Untuk catatan melayang-layang, ibarat anak-anak menduduki temuduga kerana  disenarai pendekkan, selepas temuduga itu diberitahu bahawa  jika berjaya akan dihubungi dan jika tiada jawapan dalam tempoh-tempoh tertentu anggaplah ia tidak berjaya. Itulah bisikan-bisikan menyegarkan. Cantiklah.

Kebaikan-kebaikan syaitan itu kerana ia berselindung disebalik kerja-kerja kebajikan yang ia lakukan kerana menipu melalui mainan silap mata dan menyeleweng dengan amanah-amanah rakyat.

Berikut adalah contoh-contohnya:-


1.  Seorang  hamba  dan  kumpulannya   melakukan   rompakan,   mengganas, menghilangkan kapal terbang, kebas duit, godam ATM, peras ugut, menggelapkan seluruh kampong, rancang projek mega untuk dapatkan duit, buat 'faraid' duit-duit amanah untuk kepentingan kelompok.


2.   Dua  hamba  berbincang  tentang  sesuatu  perkara untuk dimuktamadkan supaya kedua belah pihak selesa hidup di alam keduniaan kerana jin-jin tidak akan bercakap dan memberitahu kepada iblis-iblis kerana ketua mereka Azazil tidak diketahui keberadaannya. Tujuannya supaya mereka:

a.         Saling 'untung-untung'.

b.         Tidak 'rugi-rugi'.


3.   Tiga  hamba  merancang bersama kerana ada faedah yang akan diperolehi daripadanya:

a.         Duit tabungan amanah diagih-agih kerana orang-orang dungu terlena.

b.         Perniagaan akan lingkup kerana diasak oleh komplot dajal.

c.      Proksi ‘untung atas angin’ - percuma kerana bayaran berterusan disalurkan melalui akaun-akaun atas nama ‘hubungan ekonomi’.


Melihat kepada perlakuan-perlakuan syaitan-syaitan itu, maka, adalah dinasihatkan supaya para malaikat turun kelapangan untuk melakukan pula kerja-kerja berdakwah membantu kerja-kerja kebajikan, supaya syaitan-syaitan itu walaupun mereka  degil membatu, berkematu dan keras membesi kerana sejarah dakwah para Nabi-Nabi a.s. wajar dijadikan teladan, tidak pernah berhenti sehinggalah golongan-golongan terlaknat itu dihukum seperti mana hukuman-hukuman yang dikenakan kepada kaum Nabi Lut a.s. Termasuk dilaknat itu adalah isteri Nabi Lut a.s. yang bersubahat dan terlibat dengan kerja-kerja kebajikan dajal itu. Mereka semua dajal-dajal dan komplotnya adalah golongan yang rugi. Bantu mereka.

Sesungguhnya tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t. diperingatkan kepada orang-orang beriman.







No comments:

Post a Comment

    Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu Dari Anas r.a katanya: “Seorang perempuan Yahudi menghantar daging yang telah dimasukkan racun kepada nabi lalu baginda makan sebahagiannya. Kemudian perempuan itu dibawa orang ke hadapan Rasulullah s.a.w lalu baginda bertanya kepadanya berkenaan dengan racun tersebut. Jawabnya: “Aku sengaja hendak membunuh anda.” Sabda nabi s.a.w.: “Tidak mungkin Allah s.w.t. akan memberikan sewenang-wenangnya kepadamu untuk berbuat demikian. Kemudian Ali bertanya: “Bolehkan kami membunuh perempuan itu?” Jawab baginda: “Jangan!” Kata Anas selanjutnya: “Kami melihat kesan racun itu jelas kelihatan di leher Rasulullah s.a.w .” ( H.R. Imam Muslim ) Seorang sahabat Bisyir Ibnu Barra’ yang memakan kambing itu meninggal dunia akibat kesan racun tersebut. Selepas peristiwa itu Zainab binti Al-Harits masuk Islam selepas keran menginsafi perbuatannya. Dalam riwayat lain disebutkan bahwa setelah Sahabat nabi meninggal dunia kerana racun tersebut, maka wanita itu diperintahkan oleh Rasulullâh s.a.w. dibunuh. ( hadis riwayat Imam Muslim)
    "NASIHAT LUKMAN AL-HAKIM: “WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT." Dr Mohammad Arifi selaku salah seorang anggota Persatuan Ulama Muslimin telah berkata : "Wahai orang-orang yang menyokong pembunuhan dan membakar saudara kita di Mesir , Aku bersumpah kepada Tuhan bahawasanya aku menasihatimu : Ingatlah anda berdiri di antara tangan Allah dalam keadaan takut dan bertelanjangan, dan kamu akan ditanya tentang apa yang telah berlaku (akan ditulis penyaksian mereka dan kamu semua akan ditanya)." Dari Anas r.a katanya: “Seorang perempuan Yahudi menghantar daging yang telah dimasukkan racun kepada nabi lalu baginda makan sebahagiannya. Kemudian perempuan itu dibawa orang ke hadapan Rasulullah s.a.w lalu baginda bertanya kepadanya berkenaan dengan racun tersebut. Jawabnya: “Aku sengaja hendak membunuh anda.” Sabda nabi s.a.w.: “Tidak mungkin Allah s.w.t. akan memberikan sewenang-wenangnya kepadamu untuk berbuat demikian. Kemudian Ali bertanya: “Bolehkan kami membunuh perempuan itu?” Jawab baginda: “Jangan!” Kata Anas selanjutnya: “Kami melihat kesan racun itu jelas kelihatan di leher Rasulullah s.a.w .” ( H.R. Imam Muslim ) Seorang sahabat Bisyir Ibnu Barra’ yang memakan kambing itu meninggal dunia akibat kesan racun tersebut. Selepas peristiwa itu Zainab binti Al-Harits masuk Islam selepas keran menginsafi perbuatannya. Dalam riwayat lain disebutkan bahwa setelah Sahabat nabi meninggal dunia kerana racun tersebut, maka wanita itu diperintahkan oleh Rasulullâh s.a.w. dibunuh. ( hadis riwayat Imam Muslim)
    Powered by Qutbah Umair
  • Profil
02 19 26 27 Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks