Daripada Abdullah r.a. dia berkata:
"Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: Sesungguhnya penipuan membawa kepada fujur dan fujur membawa
kepada neraka, dan seorang lelaki yang senentiasa menipu sehingga Allah
(menuliskan pada buku catatannya) sebagai seorang penipu.”
Dipadaripada Abdullah r.a. dia berkata:
"Sesungguhnya telah
bersabda Rasulullah s.a.w.: Tanda-tanda orang munafik itu tiga:
1. Apabila ia berkata maka perkataannya itu bohong
2. Dan apabila ia berjanji maka ia akan memungkiri
janji
3. Dan apabila diberi amanah maka ia akan khianati amanah tersebut.”
Telah bersabda Rasulullah s.a.w.:
“Hindarilah diri kamu dari
berdusta keran sesungguhnya orang yang berdusta itu segolongan dengan orang
yang melakukanfujur (zina), dan kedua-duanya berada di dalam api neraka.”
Dari Abu Hurairah r.a., telah bersabda Rasulullah
s.a.w.:
"Tiga jenis manusia yang tidak dipandang olehb Allah s.w.t. pada hari
kiamat.
1. Orang tua yang berzina,
2. Pemerintah yang berdusta,
3. Orang miskin yang bermegah diri.
Daripada Abu Hurairah r.a., telah bersabda Rasulullah
s.a.w.:
"Barangsiapa yang mempelajari ilmu semata-mata kerana mencari keredhaan
Allah s.w.t., tidak ia mempelajarinya kecuali kerana ingin mendapat habuan di
dunia, sesungguhnya ia tidak akan dapat mencium bau syurga.”
No comments:
Post a Comment