Syirik  atau menyekutukan Allah adalah sesuatu yang
amat diharamkan dan secara mutlak ia merupakan dosa yang paling besar. Ini
berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abi Bakrah bahawasanya Rasulullah
s.a.w. bersabda:
“Mahukah
aku khabarkan kepada kamu dosa yang paling besar (tagi kali)? Mereka menjawab:
Ya, wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Menyekutukan Allah s.a.w.” (Muttafaq
‘alaih, al-Bukhari)
Setiap
dosa kemungkinan diampuni oleh Allah s.w.t. kecuali dosa syirik, ia memerlukan
taubat secara khusus, Allah berfirman: 

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan
dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan
dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan
SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain),
maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.” ( Q.S. al-Nisa: 48 )
Di
anatara  bentuk syirik adalah syirik
akhbar.  Syirik ini menjadi penyebab
keluarnya  seseorang dari agama Islam,
dan orang yang bersangkutan jika meninggal dunia dalam keadaan demikian,  akan kekal di dalam neraka. 
Di
antara bentuk-bentuk syirik yang umum berlaku di sebahagian besar negara-negara
Islam antaranya ialah:
Menyembah
kuburan
Menyembelih
bintang selain Allah atau selain nama Allah
Menghalalkan
perkara haram dan mengharamkan perkara halal
Menyakini
bahawa  seseorang memiliki hak  dalam masalah halal dan haram selain Allah
Berhukum
dengan perundangan jahiliah secara sukarela dan atas kemahuannya untuk
menghalalkanya dan berkayakinan bahawa perkara itu diharuskan
 
 Dr Mohammad Arifi selaku salah seorang anggota Persatuan Ulama Muslimin telah berkata :
"Wahai orang-orang yang menyokong pembunuhan dan membakar saudara kita di Mesir , Aku bersumpah kepada Tuhan bahawasanya aku menasihatimu : Ingatlah anda berdiri di antara tangan Allah dalam keadaan takut dan bertelanjangan, dan kamu akan ditanya tentang apa yang telah berlaku (akan ditulis penyaksian mereka dan kamu semua akan ditanya)."

No comments:
Post a Comment