NASIHAT LUKMAN AL-HAKIM: “WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT.”

Wednesday, 27 November 2013

ISLAM AGAMA BENAR



Islam agama benar. Kebenarannya ada pada Rasulullah s.a.w. dan seluruh orang-orang beriman yang berpijak di atas jalan dan petunjuknya setelah Allah s.w.t. mengisi hati mereka dengan dalil-dalil bukti yang jelas dan nyata kemudian mereka berdakwah secara terang terangan dengan segala kemampuan dan kesanggupannya yang diajarkan oleh Allah s.w.t.



A158
A159
A160
A161
A162
A163
A164
A165

“Apakah (yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang tidak beriman itu?) mereka tidak menunggu melainkan kedatangan malaikat (yang mencabut nyawa mereka), atau kedatangan (azab) Tuhanmu, atau kedatangan sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu (yang menjadi alamat hari kiamat). Pada hari datangnya sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu itu, tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu, atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya. Katakanlah: "Tunggulah kamu (akan apa yang kamu berhak mendapatnya), dan kami pun sebenarnya menunggu (akan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada kami)".

Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu), dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Ia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya).

Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) agama yang tetap teguh, iaitu agama Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik".

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".

Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya.

Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” ( Q.S. Al-An'aam: 158-165 )


No comments:

Post a Comment

    Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu Dari Anas r.a katanya: “Seorang perempuan Yahudi menghantar daging yang telah dimasukkan racun kepada nabi lalu baginda makan sebahagiannya. Kemudian perempuan itu dibawa orang ke hadapan Rasulullah s.a.w lalu baginda bertanya kepadanya berkenaan dengan racun tersebut. Jawabnya: “Aku sengaja hendak membunuh anda.” Sabda nabi s.a.w.: “Tidak mungkin Allah s.w.t. akan memberikan sewenang-wenangnya kepadamu untuk berbuat demikian. Kemudian Ali bertanya: “Bolehkan kami membunuh perempuan itu?” Jawab baginda: “Jangan!” Kata Anas selanjutnya: “Kami melihat kesan racun itu jelas kelihatan di leher Rasulullah s.a.w .” ( H.R. Imam Muslim ) Seorang sahabat Bisyir Ibnu Barra’ yang memakan kambing itu meninggal dunia akibat kesan racun tersebut. Selepas peristiwa itu Zainab binti Al-Harits masuk Islam selepas keran menginsafi perbuatannya. Dalam riwayat lain disebutkan bahwa setelah Sahabat nabi meninggal dunia kerana racun tersebut, maka wanita itu diperintahkan oleh Rasulullâh s.a.w. dibunuh. ( hadis riwayat Imam Muslim)
    "NASIHAT LUKMAN AL-HAKIM: “WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT." Dr Mohammad Arifi selaku salah seorang anggota Persatuan Ulama Muslimin telah berkata : "Wahai orang-orang yang menyokong pembunuhan dan membakar saudara kita di Mesir , Aku bersumpah kepada Tuhan bahawasanya aku menasihatimu : Ingatlah anda berdiri di antara tangan Allah dalam keadaan takut dan bertelanjangan, dan kamu akan ditanya tentang apa yang telah berlaku (akan ditulis penyaksian mereka dan kamu semua akan ditanya)." Dari Anas r.a katanya: “Seorang perempuan Yahudi menghantar daging yang telah dimasukkan racun kepada nabi lalu baginda makan sebahagiannya. Kemudian perempuan itu dibawa orang ke hadapan Rasulullah s.a.w lalu baginda bertanya kepadanya berkenaan dengan racun tersebut. Jawabnya: “Aku sengaja hendak membunuh anda.” Sabda nabi s.a.w.: “Tidak mungkin Allah s.w.t. akan memberikan sewenang-wenangnya kepadamu untuk berbuat demikian. Kemudian Ali bertanya: “Bolehkan kami membunuh perempuan itu?” Jawab baginda: “Jangan!” Kata Anas selanjutnya: “Kami melihat kesan racun itu jelas kelihatan di leher Rasulullah s.a.w .” ( H.R. Imam Muslim ) Seorang sahabat Bisyir Ibnu Barra’ yang memakan kambing itu meninggal dunia akibat kesan racun tersebut. Selepas peristiwa itu Zainab binti Al-Harits masuk Islam selepas keran menginsafi perbuatannya. Dalam riwayat lain disebutkan bahwa setelah Sahabat nabi meninggal dunia kerana racun tersebut, maka wanita itu diperintahkan oleh Rasulullâh s.a.w. dibunuh. ( hadis riwayat Imam Muslim)
    Powered by Qutbah Umair
  • Profil
02 19 26 27 Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks