NASIHAT LUKMAN AL-HAKIM: “WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT.”

Monday, 2 December 2013

SULTAN BRUNEI KAWAL LALU LINTAS KETIKA JURU IRING BERMOTOSIKALNYA TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALANRAYA!!!!


Omak Kau mendapat kiriman gambar yang menyatakan Sultan Brunei sendiri mengawal lalu lintas apabila salah seorang pengiring bermotosikalnya mendapat kemalangan jalanraya yang sedang diberikan pertolongan kecemasan oleh pemandu dan pengiring bermotosikal yang lain.

Amat kagum dan hormat atas sikap yang di pamirkan oleh KDYMM Tuanku Sultan Brunei .. ALLAHUAKHBAR!!!!

Kedua-dua anggota pengiring Diraja Brunei itu terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dilanggar kereta itu yang datang dari arah bertentengan, menurut laporan Brunei Times.

Kejadian berlaku berdekatan Jerudong Park di Lebuh Raya Muara-Tutong semalam.

Amat kagum dengan kesudian baginda keluar dari kereta Diraja dan mengawal keadaan lalu lintas sementara anggota pengiringnya diberikan rawatan kecemasan.

Bayangkan perasaan rakyat Brunei yang berkesempatan melihat kerendahan hati dan kemulian yang dipertontonkan pemerintah mereka ketika memandu melalui jalan berkenaan.

Dalam kejadian itu, seorang anggota patah bahu kiri dan tangan, manakala seorang lagi cedera ringan tetapi masih dalam keadaan trauma dan terkejut selepas mereka dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu seorang wanita.

Pemandu itu dipercayai memandu melebihi had laju yang dibenarkan.

Sumber: http://networkedblogs.com/RBVW6

No comments:

Post a Comment

    Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu Dari Anas r.a katanya: “Seorang perempuan Yahudi menghantar daging yang telah dimasukkan racun kepada nabi lalu baginda makan sebahagiannya. Kemudian perempuan itu dibawa orang ke hadapan Rasulullah s.a.w lalu baginda bertanya kepadanya berkenaan dengan racun tersebut. Jawabnya: “Aku sengaja hendak membunuh anda.” Sabda nabi s.a.w.: “Tidak mungkin Allah s.w.t. akan memberikan sewenang-wenangnya kepadamu untuk berbuat demikian. Kemudian Ali bertanya: “Bolehkan kami membunuh perempuan itu?” Jawab baginda: “Jangan!” Kata Anas selanjutnya: “Kami melihat kesan racun itu jelas kelihatan di leher Rasulullah s.a.w .” ( H.R. Imam Muslim ) Seorang sahabat Bisyir Ibnu Barra’ yang memakan kambing itu meninggal dunia akibat kesan racun tersebut. Selepas peristiwa itu Zainab binti Al-Harits masuk Islam selepas keran menginsafi perbuatannya. Dalam riwayat lain disebutkan bahwa setelah Sahabat nabi meninggal dunia kerana racun tersebut, maka wanita itu diperintahkan oleh Rasulullâh s.a.w. dibunuh. ( hadis riwayat Imam Muslim)
    "NASIHAT LUKMAN AL-HAKIM: “WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT." Dr Mohammad Arifi selaku salah seorang anggota Persatuan Ulama Muslimin telah berkata : "Wahai orang-orang yang menyokong pembunuhan dan membakar saudara kita di Mesir , Aku bersumpah kepada Tuhan bahawasanya aku menasihatimu : Ingatlah anda berdiri di antara tangan Allah dalam keadaan takut dan bertelanjangan, dan kamu akan ditanya tentang apa yang telah berlaku (akan ditulis penyaksian mereka dan kamu semua akan ditanya)." Dari Anas r.a katanya: “Seorang perempuan Yahudi menghantar daging yang telah dimasukkan racun kepada nabi lalu baginda makan sebahagiannya. Kemudian perempuan itu dibawa orang ke hadapan Rasulullah s.a.w lalu baginda bertanya kepadanya berkenaan dengan racun tersebut. Jawabnya: “Aku sengaja hendak membunuh anda.” Sabda nabi s.a.w.: “Tidak mungkin Allah s.w.t. akan memberikan sewenang-wenangnya kepadamu untuk berbuat demikian. Kemudian Ali bertanya: “Bolehkan kami membunuh perempuan itu?” Jawab baginda: “Jangan!” Kata Anas selanjutnya: “Kami melihat kesan racun itu jelas kelihatan di leher Rasulullah s.a.w .” ( H.R. Imam Muslim ) Seorang sahabat Bisyir Ibnu Barra’ yang memakan kambing itu meninggal dunia akibat kesan racun tersebut. Selepas peristiwa itu Zainab binti Al-Harits masuk Islam selepas keran menginsafi perbuatannya. Dalam riwayat lain disebutkan bahwa setelah Sahabat nabi meninggal dunia kerana racun tersebut, maka wanita itu diperintahkan oleh Rasulullâh s.a.w. dibunuh. ( hadis riwayat Imam Muslim)
    Powered by Qutbah Umair
  • Profil
02 19 26 27 Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks