Cermin
adalah pantulan kepada objek yang menghala padanya apabila kita
pandang. Objek tersebut bersifat songsang kiri kanan. Misalnya objek
asal sebelah kanan, apabila dilihat pada cermin akan berkedudukan di
sebelah kiri. Demikian juga objek asal sebelah kiri apabila dilihat
pada cermin akan berkedudukan seperti di sebelah kanan. Manfaat
daripada cermin tersebut ia boleh memantulkan objek supaya jelas
kelihatan seperti asal, bezanya ia bersifat songsang tepiannya.
Cermin
yang memantulkan objek bersifat berubah bahagian kiri dan bahagian
kanananya, bila dipantulkan
Cermin
yang digunakan di rumah adalah untuk melihat wajah comel, perawakan,
susuk tubuh, kecantikan, pakaian supaya kelihatan cantik dan menawan
oleh kelayak yang melihatnya. Ada individu suka kelihatan mempersona,
menarik, menyeri daya tarikan seksual dengan puji-pujian melangit dan
ucapan-ucapan yang dipernuhi kesyirikan yang memukaukan kerana
penampilan dipertontonkan.
Terdapat
individu menggunakan cermin untuk tujuan-tujuan tertentu antaranya
melihat kalau ada jerawat batu di muka, jeragat liat, lentikan bulu
mata, susunan bulu kening, mengintip-intip kalau-kalau ada tahi mata
mengering dicelah-celah kelopak mata, kecantikan biji mata,
kelebaran dahi dan mulut, stail rambut, kepala botak, telinga dikhuatiri
terdapat lelehan tahi ditepi kedua pasang telinga, parut-parut yang
ada sejarahnya, perapian kumis, janggut, susunan gigi, perlu pengelokan atau penjagaan gigi dengan kerap ke klinik gigi.
Ada juga
individu menggunakan cermin untuk tujuan melihat akseseri-akseseri
yang dipakai pada tudung, menindik subang/anting-anting di telinga atau beberapa pasang subang ditindik di telinga bertingkat-tingkat, tindik subang di hidung, tindik di kening dengan subang dan pelbagai ragam lagi supaya kelihatan cantik menarik perhatian. Penambahan dan berlipatganda subang-subang dihiasi ditempat-tempat tersebut dan pelbagai ragam lagi supaya kelihat
menarik perhatian individu yang menarik perhatian keayuan wajahnya.
Wanita
kini suka kepada kecantikan, menggemari pelbagai kecantikan dan
memakai yang cantik-cantik supaya kelihatan cantik menarik menawan perhatian. Jik nak keluar rumah , tidak sah jika tidak mengadap cermin sebelum melangkah. Pakaiannya kadang-kadang berwarna-warni, tebal nipis bajunya, kadang-kadang bajunya longgar, kadang-kadang baju sesuai dengan kerampingan badang, kadang-kadang bajunya ketat, kadang-kadang bajunya lut sinar seperti tidak berbaju.
Fesyen tudungnya beraneka, kasut dari pelbagai jenama, rekabentuk, berwarna-warni, keluaran dalam dan luar negeri, jari-jemarinya tangannya, termasuk kakinya cantik menarik kerana diwarnakan dengan warna pelbagai kegemaran, dan tidak dilupakan pemakaian haruman-haruman mengiurkan dan kadang-kadang haruman-haruman semerbak wangi itu seperti ada persamaan yang digunakan oleh perempuan-perempuan jalang yang dijaga oleh bapa-bapa ayam.
Fesyen tudungnya beraneka, kasut dari pelbagai jenama, rekabentuk, berwarna-warni, keluaran dalam dan luar negeri, jari-jemarinya tangannya, termasuk kakinya cantik menarik kerana diwarnakan dengan warna pelbagai kegemaran, dan tidak dilupakan pemakaian haruman-haruman mengiurkan dan kadang-kadang haruman-haruman semerbak wangi itu seperti ada persamaan yang digunakan oleh perempuan-perempuan jalang yang dijaga oleh bapa-bapa ayam.
Manakala
lelaki pula kurang memanfaatkan cermin untuk melihat kekacakan
mereka. Ia lebih suka bersifat bersahaja, spontan berbanding
melakukan hiasan-hiasan yang menghairahkan dan menaik nafsu, bersifat
semulajadi supaya sifat kejantananya bangkit secara normal dan
kehebatannya menyakinkan.
Cermin
ada kalanya digunakan untuk melihat objek-objek yang dipantulkan ke
arahnya. Menganggarkan jarak sesuatu objek dengan jarak yang
sebenarnya.
Cermin
kelihatan untuk melihat wajah sahaja dan objek-objek, tetapi dengan
cermin juga pelbagai dimensi boleh dibentuk bergantung kepada berapa
banyak cermin yang digunakan, dihala dan disusun untuk mendapatkan
pantulan yang dikehendaki. Maka cermin membentuk seperti yang
dikehendaki.
Memahami
penggunaan cermin untuk kegunaan dan tentang pengembangan
penggunaannya serta perkembangan kajian-kajian berkaitan cermin.
Oleh itu,
penggunaan teknologi menggunakan cermin untuk melihat objek-objek
telah dipertingkatkan melalui pengembangan kajiselidik ( R & D )
yang akhirnya membawa kepada penggunaan kamera, teropong, CCTV, AES, cermin kalis peluru, imbasan, isyarat, satelit, derun cermin perang malam dan radar.
No comments:
Post a Comment