NASIHAT LUKMAN AL-HAKIM: “WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT.”

Saturday, 30 August 2014

PESAWAT MH370: HILANGNYA BERSAMA ANJING



Thursday, 14 August 2014

ANJING


Anjing adalah binatang berdarah panas. Daripada kategori jenis maging. Binatang yang digemari oleh penggemar-penggemarnya, bukan sahaja untuk menjadi rakan kawan, mengawasi dan dimakan dagingnya, tetapi ia digemari kerana ada individu yang suka kepada binatang tersebut. Ia cantik menarik. Boleh dibuat kawan bermesra, berhibur, bermanja, dibelai-belai dan bertindak balas pula membelai-belai balik, boleh diajak berbicara dan ia memahami arahan manusia sebagai sifatnya binatang yang bergelar anjing. Kadang-kadang isyaratnya dengan menggonggong atau menyalak.

Anjing-anjing pula pelbagai baka - genetik dan warna. Ada anjing jenis rendah, tinggi, kurus, gemuk, pendek dan panjang. Ada anjing berani, ada anjing penakut, ada anjing kuat, ada anjing lemah. Ada anjing jenis kutub, ada anjing jenis gurun, ada anjing dari kawasan Katulistiwa dan pelbagai kawasan dan benua lagi. Ada anjing jenis pemilih makanan, ada anjing makan makanan menjijikkan; makan bangkai-bangkai busuk, menyelongkar sampah, sisa-sisa makanan dan makan tahi.


Anjing-anjing diminati oleh penggemar anjing

Anjing daripada pelbagai jenis itu digemari oleh pemilik-pemilik dan penggemar-penggemar anjing dari seluruh dunia. Kadang-kadang anjing-anjing itu dibiakkan supaya baka-bakanya dapat diperbanyakkan untuk tujuan komersial sehingga untuk dieksport ke luar negara kerana permintaannya tinggi dan memberangsangkan. Potensinya  memuaskan, sehingga harganya boleh mencecah ribuan ringgit. Ia bergantung kepada jenis baka anjing.

Ada individu berminat memelihara anjing untuk tujuan menjadi teman setia, sama ada penggemarnya  adalah lelaki atau perempuan, golongan tua atau muda, dari kalangan remaja atau anak gadis. Ada yang berminat dengan anjing kenit berbulu lebat tebal, berlari-lari tergedik-gedik sambil bersuara: menyalak-nyalak, suaranya menarik, nada seekor anjing kenit. Apabila sampai kepada tuannya, digesel-gesel badannya kepada tuannya, tidak kira digesel sama ada di kaki, betis, paha, badan, tangan atau/dan tidak kurang juga menjilat-jilat muka dan mulut tuannya.

Untuk menghilangkan kesangsian kepada anjing-anjing peliharaan itu, dan sebagai tanda keakraban antara tuan dengan anjingnya, kadang-kadang anjing-anjing tersebut dibelai-belai, dipeluk-peluk sebagai tanda keserasiannya maka di bawalah ke bilik tidur dan tidurlah bersama-sama dengan anjing-anjing yang comel-comel tersebut sekatil. Supaya setaraf statusnya.

Individu-individu tersebut melakukan perbuatan tersebut kerana kesunyian dalam hidup, kesukaran mencari pasangan hidup dan gemar dengannya. Maka tercetuslah ucapan: "Binatang anjing lebih baik menjadi pasangan hidup."


Anjing pengesan bermanfaat kepada kehidupan manusia

Anjing-anjing yang memahami bahasa, boleh dilatih dan akan terlatih untuk tugasan-tugasan tertentu, peka dengan situasi yang diperlukan ketika dalam latihan yang dikhususkan untuk tujuan tertentu itu. Anjing bukan sahaja dapat mengesan bau-bauan melalui deria hidunya yang berada di hadapan anjing-anjing itu, tetapi dapat juga  mengesan bau-bauan dari jarak jauh, arah tiupan angin yang menghala kepadanya.

Satu peristiwa pernah berlaku di KLIA di mana anjing pengesan diletakkan di kawasan situ terutamanya di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti sebagai kawasan yang berisiko untuk melakukan sabotaj barangan yang akan diseludup masuk di kawasan laluan penumpang-penumpang, pemunggahan barangan, dan kawasan transit penumpang.

Suasana yang harmonis, tenang, udara selesa sambil tiupan angin sepoi-sepoi bahasa sekali sekala menerpa di kawasan pintu masuk lapangan terbang. Menjadi keanehan kepada anjing pengesan itu meronta-ronta, gelisah dan tidak keharuan seperti ada sesuatu yang mencurigakan baginya. Ibarat seperti berlakunya gerhana matahari penuh, maka, binatang-binatang akan kelihatan gelisah terutamanya di zoo kerana perubahan cuaca dan suasana yang panas tiba-tiba berubah menjadi gelap dan sejuk, begitulah yang berlaku kepada anjing pengesan itu, bahkan kegelisahannya lagi berlebihan.

Punca anjing pengesan tersebut berkelakuan ganjil, kerana sebuah pesawat dari Indochina baru mendarat dan penumpang-penumpangnya sedang beratur turun dari pesawat menuju ke pusat pemeriksaan Imigeresen. Kegelisahan semakin meningkat apabila penumpang-penumpang menghampiri kawasan anjing pengesan tersebut. Bila dah dekat, baharu terhidu bahawa dari kalangan penumpang-penumpang tersebut ada yang mengeluarkan bau seperti bauan anjing, maka, dapatlah difahami bahawa ada dari kalangan penumpang-penumpang tersebut memakan anjing.

Bau peluh terhidu oleh anjing pengesan dari jarak jauh yang sampai kepadanya terlebih dahulu melalui tiupan angin, manakala individu-individu yang berada di sekitarnya tidak perasan kerana telah mangli dan lali dengan kearomaan bauan yang terserap ke dalam penghiduan mereka, walaupun sebenarnya mereka berdekatan dengan individu pemakan anjing.


Kewajiban peka dengan bau-bauan yang mencurigakan

Maka adalah suatu kemestian kita mesti sensitif dengan bau-bauan sebagaimana anjing pengesan sensitif dengan bau-bauan yang menghala ke deria baunya. Kita bukan sahaja sensitif dengan deria bau tetapi peka juga dengan deria penglihatan, pendengaran dan rasa.

Patutlah suatu ketika dahulu, rumah kejiranan kawan saya, ramai daripada mereka membela anjing dan kucing. Pembuangan sampah pula di kawasan tersebut tidak teratur. Berlakulah penyelongkaran sisa-sisa makan di tempat-tempat pembuangan sampah-sampah tersebut. Kini, kawasan rumah kejiranan rakan saya itu seperti berlaku pembersihan kepada anjing-anjing kurap dan kucing-kucing bermacam-macam baka itu hilang tanpa dikesan, termasuklah tikus-tikus yang seringkali menyelongkar sampah sarap pada waktu malam turut berkurangan berlarian di sana sini. 


Kehilangan pesawat MH370 minta Amerika Syarikat mencari dajalnya

Kehilangan dan kesenyapan kucing-kucing, anjing-anjing dan tikus-tikus itu, tidak diketahui pergi ke mana, siapa yang membawa lari dan merampasnya, tidak diketahui kerana orang yang tahu buat-buat tidak tahu, bekerja seperti biasa, tiada kerisauan, tiada jejak, hilang tanpa berita, senyap, seperti pesawat MH370 yang disorok oleh dajal.

Dajal menyelinap masuk ke kawasan tersebut kemudian memikirkan kaedah terbaik bagaimana modus operandinya melenyapkan kucing-kucing, anjing-anjing dan tikus-tikus tersebut sama seperti yang berlaku kepada pesawat MH370 itu. Sehingga kini penyorokan MH370 belum terungkai lagi, walaupun pesawat yang mengalami tragedi terhempas, ditembak dan meletup di daratan (bukan meletup di udara) telah dapat diketahui dalam tempoh 24 jam, iaitu; pesawat MH17, pesawat TransAsia dan pesawat Air Algerie.

Semua perakuan tentang tragedi pesawat MH370 yang diutarakan sebelum ini kita anggap adalah perakuan palsu oleh golongan serabut kecuali dibuktikan kemudiannya. Contohnya: Serpihan-serpihan, cebisan-cebisan, beg-beg penumpang, bangkai-bangkai MH370 dan apa sahaja yang boleh dilihat oleh manusia yang celik atau difahami oleh insan mulia.
 
Semoga kita menjadi manusia yang boleh dipegang perakuan janjinya.

                        http://cacasblog.blogspot.com/2007/05/suara-binatang.html



























No comments:

Post a Comment

    Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu Dari Anas r.a katanya: “Seorang perempuan Yahudi menghantar daging yang telah dimasukkan racun kepada nabi lalu baginda makan sebahagiannya. Kemudian perempuan itu dibawa orang ke hadapan Rasulullah s.a.w lalu baginda bertanya kepadanya berkenaan dengan racun tersebut. Jawabnya: “Aku sengaja hendak membunuh anda.” Sabda nabi s.a.w.: “Tidak mungkin Allah s.w.t. akan memberikan sewenang-wenangnya kepadamu untuk berbuat demikian. Kemudian Ali bertanya: “Bolehkan kami membunuh perempuan itu?” Jawab baginda: “Jangan!” Kata Anas selanjutnya: “Kami melihat kesan racun itu jelas kelihatan di leher Rasulullah s.a.w .” ( H.R. Imam Muslim ) Seorang sahabat Bisyir Ibnu Barra’ yang memakan kambing itu meninggal dunia akibat kesan racun tersebut. Selepas peristiwa itu Zainab binti Al-Harits masuk Islam selepas keran menginsafi perbuatannya. Dalam riwayat lain disebutkan bahwa setelah Sahabat nabi meninggal dunia kerana racun tersebut, maka wanita itu diperintahkan oleh Rasulullâh s.a.w. dibunuh. ( hadis riwayat Imam Muslim)
    "NASIHAT LUKMAN AL-HAKIM: “WAHAI ANAKKU, TIADA AMALAN SOLEH TANPA KEYAKINAN DENGAN ALLAH TAALA. SESIAPA YANG MEMPUNYAI KEYAKINAN YANG LEMAH MAKA AMALANNYA JUGA MENJADI CACAT." Dr Mohammad Arifi selaku salah seorang anggota Persatuan Ulama Muslimin telah berkata : "Wahai orang-orang yang menyokong pembunuhan dan membakar saudara kita di Mesir , Aku bersumpah kepada Tuhan bahawasanya aku menasihatimu : Ingatlah anda berdiri di antara tangan Allah dalam keadaan takut dan bertelanjangan, dan kamu akan ditanya tentang apa yang telah berlaku (akan ditulis penyaksian mereka dan kamu semua akan ditanya)." Dari Anas r.a katanya: “Seorang perempuan Yahudi menghantar daging yang telah dimasukkan racun kepada nabi lalu baginda makan sebahagiannya. Kemudian perempuan itu dibawa orang ke hadapan Rasulullah s.a.w lalu baginda bertanya kepadanya berkenaan dengan racun tersebut. Jawabnya: “Aku sengaja hendak membunuh anda.” Sabda nabi s.a.w.: “Tidak mungkin Allah s.w.t. akan memberikan sewenang-wenangnya kepadamu untuk berbuat demikian. Kemudian Ali bertanya: “Bolehkan kami membunuh perempuan itu?” Jawab baginda: “Jangan!” Kata Anas selanjutnya: “Kami melihat kesan racun itu jelas kelihatan di leher Rasulullah s.a.w .” ( H.R. Imam Muslim ) Seorang sahabat Bisyir Ibnu Barra’ yang memakan kambing itu meninggal dunia akibat kesan racun tersebut. Selepas peristiwa itu Zainab binti Al-Harits masuk Islam selepas keran menginsafi perbuatannya. Dalam riwayat lain disebutkan bahwa setelah Sahabat nabi meninggal dunia kerana racun tersebut, maka wanita itu diperintahkan oleh Rasulullâh s.a.w. dibunuh. ( hadis riwayat Imam Muslim)
    Powered by Qutbah Umair
  • Profil
02 19 26 27 Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks